Bahaya Mengumpat dan Fitnah
Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? (Quran surah al-Hujurat, ayat 12)
RasulAllah SAW bersabda; Setiap muslim haram darah, harta dan harga dirinya atas muslim yang lain.
Baginda SAW juga bersabda; Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah SWT tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpatnya memaafkannya.
Mereka berkata, “Orang yang mengumpat manusia ibarat melepaskan peluru kekanan dan kekiri. Seperti itu dia melemparkan akan kebaikannya (hilanglah segala kebaikannya) .
Telah bersabda RasulAllah SAW yang maksudnya; Sesiapa yang mengumpat, bermaksud menghinakan saudaranya, Allah SWT meletakkannya dijambatan neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya.
Juga Baginda SAW bersabda yang maksudnya; Mengumpat itu menuturkan keburukan kepada saudaramu samada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju, selendang atau tunggangannya. Hingga sesetengah orang yang terdahulu berkata, “Jika kau katakan pakaian; Pakaian sifulan kebesaran atau kekecilan (pakaiannya kecil atau besar), itupun termasuk mengumpat. Apa lagi jika kau sebut sesuatu yang menyakitkannya”.
Dirawikan bahawa seorang perempuan yang pendek telah datang kepada RasulAllah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia beredar, Aisyah r.ha berkata, “Wah, pendeknya dia!” Segera RasulAllah SAW berkata, “Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!”
Telah bersabda RasulAllah SAW; Jangan kalian mengumpat. Didalamnya terdapat tiga keburukan; Doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima, dan akan ditimpakan kepadanya keburukan orang yang diumpat.
Baginda RasulAllah SAW bersabda dalam mencela tukang fitnah; Manusia terburuk dihari kiamat ialah bermuka dua. Iaitu tukang fitnah. Dia datang pada mereka dengan suatu muka, dan datang pada yang lain dengan muka yang lain pula. Sesiapa yang bermuka dua didunia, (maka) dihari kiamat (dia akan) berlidah dua dari api.
Diceritakan dari Amr bin Dinar, dia berkata, “Seorang lelaki Madinah ada saudara perempuan disuatu kampung sedang sakit. Lelaki itu menziarahi dan menunggunya sampai meninggal dunia. Dia mengucapkan takziah dan menghantarnya sampai kekubur. Setelah selesai, dia kembali kepada keluarganya. Kemudian dia teringat akan dompetnya tertinggal dalam kubur. Dia meminta tolong dari temannya. Temannya itu bersegera berangkat menggali kubur dan menemukan dompetnya. Lelaki itu tadi berkata, “Bagaimana keadaan saudaraku?” Lalu temannya itu membuka sebahagian lubang. Tiba-tiba api menyala-nyala. Segera lelaki itu kembali kepada ibunya dan bertanya, “Ceritakan padaku apa cela saudaraku?” Ibunya berkata, “Saudaramu suka pergi kerumah jiran menceritakan keburukan orang untuk menyebarkan fitnah”. Jelaslah bahawa hal itulah yang menyebabkan akan seksa kubur. Siapa ingin selamat, hendaklah tinggalkan mengumpat dan memfitnah”.
Rujukan: Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub, karangan Imam Al-Ghazali.
Monday, December 21, 2009
Sunday, December 13, 2009
Hak-hak Anak
Setiap anak yang dilahirkan mempunyai hak-hak mereka masing-masing. Sebagai ibu & bapa yang bertanggungjawab, hak anak-anak haruslah dijaga dari dalam kandungan lagi.

Menjaga bayi semenjak di dalam rahim:
a) Memilih isteri & ibu kepada anak-anak yang sesuai & bertanggungjawab. Perkara ini penting untuk bakal zuriat kita.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Pilihlah isteri yang sesuai untuk benih-benih (anak-anak) kamu" (Riwayat Ibn Majah)
b) Menjaga kesihatan ibu & anak yang dilahirkan. Semasa mengandung ibu-ibu elakkan dari meminum arak, merokok serta makanan & minuman yang boleh merosakkan janin.
c) Membaca Al-Quran & doa-doa yang bersesuaian ketika dalam tempoh kehamilan.
"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".
d) Menjalani pemeriksaan bulanan dengan doktor-doktor yang beragama Islam.
Menjaga anak selepas kelahiran:
a) Hak mendapat perbelanjaan.
b) Hak mendapat pelajaran.
c) Menamakan anak dengan nama yang baik.
d) Hak mendapat susu yang mencukupi. Disarankan memberi susu badan selama 2 tahun.
Saturday, December 12, 2009
Rezeki Allah Taala
Anak adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk hamba-hambanya. Walaupun lambat atau cepat, kelahiran anak adalah satu rahmat dari-Nya.
Doa untuk mendapat rezeki.

Maksudnya:
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa"
Doa untuk mendapat rezeki.

Maksudnya:
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa"
(Rujuk Surah al-Anbiya’ ayat 89).
Selamat Datang ke blog UmmuHilman
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca Blog UmmuHilman. Blog ini dicipta khas untuk para ibu & bapa untuk mencari info-info yang berguna untuk kegunaan di masa hadapan. Sharing is caring. Saya ingin berkongsi pengalaman sendiri dan juga info-info yang saya petik dari buku-buku yang saya miliki sendiri moga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah.
Subscribe to:
Comments (Atom)
