Sunday, December 13, 2009

Hak-hak Anak

Setiap anak yang dilahirkan mempunyai hak-hak mereka masing-masing. Sebagai ibu & bapa yang bertanggungjawab, hak anak-anak haruslah dijaga dari dalam kandungan lagi.



Menjaga bayi semenjak di dalam rahim:

a) Memilih isteri & ibu kepada anak-anak yang sesuai & bertanggungjawab. Perkara ini penting untuk bakal zuriat kita.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Pilihlah isteri yang sesuai untuk benih-benih (anak-anak) kamu" (Riwayat Ibn Majah)

b) Menjaga kesihatan ibu & anak yang dilahirkan. Semasa mengandung ibu-ibu elakkan dari meminum arak, merokok serta makanan & minuman yang boleh merosakkan janin.

c) Membaca Al-Quran & doa-doa yang bersesuaian ketika dalam tempoh kehamilan.

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".

d) Menjalani pemeriksaan bulanan dengan doktor-doktor yang beragama Islam.


Menjaga anak selepas kelahiran:

a) Hak mendapat perbelanjaan.

b) Hak mendapat pelajaran.

c) Menamakan anak dengan nama yang baik.

d) Hak mendapat susu yang mencukupi. Disarankan memberi susu badan selama 2 tahun.

No comments:

Post a Comment